Sabtu, 29 Disember 2012

CARA MENGATASI PENYAKIT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH
 
 
 
 
   Sering kita alami pelbagai macam penyakit yang sudah biasa kita dengar. Contohnya sakit perut, kencing manis, Penyakit Jantung, Kolestrol tinggi, keracunan makanan dan macam-macam lagi. Tidak hairanlah penyakit itu timbul kerana ianya datang dari permakanan kita sendiri. Tidak menjaga kebersihan makanan, memakan makanan yang sudah mansuh, makanan yang tidak berkhasiat dan lain-lain lagi.
 
   Rasulullah saw tidak penah sakit perut sepanjang hidupnya. Ini kerana baginda amat menjaga permakanannya. Sebahagian orang sanggup membelanjakan hartanya hingga beribu-ribu untuk kesihatannya. Dalam Islam ada mengajarkan menjaga kesihatan yang tidak perlu berbelanja hingga membazir untuk menjaga kesihatan iaitu dengan mengikuti cara Rasulullah (Sunnah) dalam permakanan.
 
   Adapun sunnah baginda supaya terhindar dari sebarang penyakit ialah:
 
1. Tidak minum susu bersama daging.
 
2. Tidak memakan ikan bersama daging.
 
3. Tidak meminum susu bersama ikan.
 
4. Tidak meminum susu bersama ayam.
 
5. Tidak memakan telur bersama ikan.
 
6. Tidak memakan salad dengan ikan.
 
7. Elakkan memakan makanan dengan cuka jika kita minum susu.
 
8. Elakkan memakan buah bercampur susu (koktel)

bersambung.....
 
 
 

Rabu, 19 Disember 2012

Cara Rasulullah Berpakaian.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bab kalini adalah mengenai pakaian yang menutup aurat mengikut sunnah Rasulullah. Telah kita ketahui pada zaman sekarang, sudah banyak fesyen2
ala-ala barat. Tanpa kita sedari Islam mempunyai pakaian tersendiri utk menutup aurat dan juga Sunah baginda Rasulullah saw.

  Pakaian merupakan keperluan hidup untuk menutup aurat. Malah dengan cara berpakaian, kita dapat simpulkan menngenai sikap dan perwatakkan seseorang seseorang. Seperti perkara-perkara lain, dalam tatacara berpakaian juga Rasulullah s.a.w berpesan agar umatnya mengenakan pakaian yang bersusaian. Sehubungan itu Rasulullah s.a.w berpesan cara memilih pakaian yang sesuai. Di antaranya ialah:

1. Pakaian yang bersih, longgar dan tidak tembus pandangan orang yang melihat dan menutup aurat.

2. Tidak menunjukkan pakaian yang mewah dan mahal sebaliknya memakai pakaian yang      
    melambangkan  kerendahan hati

3. Rasulullah s.a.w gemar pakaian jenis gemis yang bercorak.

4. Bagi kaum lelaki dilarang berpakaian daripada sutera dan emas.

5. Pakaian tidak terlalu panjang sehingga mencecah lantai atau tanah.

6. Kaum lelaki dilarang memakai pakaian yang menutup tapak kaki kerana ia melambangkan          
    kesombongan.

7. Bagi kaum wanita Muslimah, pakaian biarlah panjang menutupi tapak kaki dan tudungnya menutupi  
    kepala, leher dan dada.

8. Lelaki dilarang berpakaian wanita begitu juga sebaliknya.

9. Tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal dan lusuh.

10. Mengutamakan pakaian yang berwarna putih kerana Rasulullah s.a.w menyukai warna itu.

Tatacara berpakaian

1. Berdoa ketika akan berpakaian, misalnya: ''Segala puji bagi ALLAH yang telah memberikan
    pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-NYA tanpa daya dan kekuatan-ku.''

2. Berdoa ketika menyarungkan pakaian baru. Doanya ialah, ''Ya ALLAH... bagimu segala puji,
    ENGKAU telah memakaikan pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepadamu kebaikkannya dan
    akibat kebaikkan. Aku berlindung pula kepadamu daripada kejahatan dan akibat kejahatannya.''

3.Sunah berpakaian dari sebelah kanan dahulu.

4. Disunatkan berpakaian dari sebelah kanan dahulu.

5. Berpakaian biar kemas dan bersih disesuaikan dengan tempat.

6. Disunatkan melucutkan pakian dari sebelah kiri dahulu.

Rujuk - 100 Pesanan terakhir Rasulullah , bab 29 muka surat 115 - 116

Ahad, 9 Disember 2012

Jika aku jatuh cinta






Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah
aku pada seseorang yang melabuhkan
cintanya padaMu, agar bertambah
kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah
aku menyentuh hati seseorang yang
hatinya tertaut padaMu agar tidak
terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…




Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah
hatiku padanya agar tidak berpaling
daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta
kekasihMu, janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada
kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dlm perjalanan panjang
menyeru manusia kpdmu…





Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui
batas sehingga melupakan aku pada cinta
hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
amin ya rabb..


sumber: facebook

Jumaat, 7 Disember 2012

Doa itu senjata

“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui,
menga…pa bumi ini bergoyang?” Tanya
para malaikat.

“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah
singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bu
mi Wahai Rabb?” Tanya malaikat lagi.

“Aku akan menciptakan gunung-ganang.”
Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus
menciptakan gunung-ganang di berbagai
belahan bumi.



Apa yang terjadi adalah
sememangnya benar setelah
diciptakannya gunung-ganang, bumi pun
diam kemudian berputar sesuai paksinya.
Maka kemudian gunung dikenali sebagai
paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku
merupakan benda keras yang terbuat dari
besi. Setelah Allah menciptakan paku
bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para
malaikat pun bertanya lagi;

“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari
paku?”




“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang
dengan panasnya dapat melelehkan besi.”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya
Rabb?” Tanya malaikat.














“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan
api.” Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari
air?” Sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat
membawa air ke mana pun ia
berhembus.” Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat
daripada semua itu (gunung, api, air dan
angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa
kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu
mampu mengubah takdir-Ku.” Demikian
Allah SWT menjelaskan..




















Sumber: Hadis Qudsi

Nikmat mata

Mata adalah jendela hati. Hubungan antara mata dengan hati adalag hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetak di hati akan kelihatan di mata sebagaimana pepatah melayu ada mengatakan "dari mata turun ke hati". Di dalam al-Qur'an ada menyebutkan bahawa setiap yang tersembunyi di lubuk hati dan yang terkandung pada mata adalah jelas dalam ilmu Allah subhanahu wata'ala sebagaimana firmanNya dalam surah Ghafir ayat 19 yang bermaksud:

"Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang tersembunyi di dalam hati."

Bagi menjaga hati, maka hendaklah menjaga mata terlebih dahulu kerana kalau maksiat sudah jatuh ke hati, maka yang hati yang tidak beriman itu akan mengarah anggota-anggota lahir untuk melakukan maksiat.

Oleh itu mata hendaklah dijaga dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Hendaklah diarahkan mata kepada melakukan ketaatan dan menurut perintah Allah subhanahu wata'ala dan jangan halakan kepada perkara-perkara maksiat dan haram. Biarlah nikmat mata yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wata'ala dapat meraih sekali lagi nikmat syurga di akhirat nanti.

Dipetik dari buku: Mensyukuri Nikmat Mara terbitan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam 1428H/2007M.

Mata itu berharga dan tidak ternilai harganya. Tanpa Mata sudah tentu kita tidak melihat keindahan alam yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu jagalah ia dengan sebaik-baiknya dan gunakanlah ia untuk melihat kalamullah dan membaca Kitab suci Al-Qur'an.

Mata bukan sahaja berfungsi untuk melihat bahkan juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pahala dan juga boleh menyebabkan mendapat dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Balad ayat 8-9:

"(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan Kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (Untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?"

"Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaiklan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?"

Memandang ka'bah merupakan ibadah. Dari Ibnu Abbas Radiallahu 'anhuma katanya, Telah bersabda Rasulullah saw:

"Setiap hari Allah menurunkan seratus dua puluh rahmat kepada para pengunjung rumah Suci-Nya, enam puluh untuk yang bertawaf, empat puluh untuknyang solat dan dua puluh untuk yang melihat"

Melihat aurat.

Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim banyak runtuh akhlak dan moralnya disebabkan pandangan mata. Aurat merupakan anggota tubuh yang WAJIB ditutup. Aurat lelaki ialah diantara pusat dan lutut bukan PUSAT DAN LUTUT. Aurat perempuan pula ialah keseluruhan badan kecuali wajah dan dua tapak tangan. Aurat diambil dari perkataan arab iaitu "aurah". Aurat yang tidak ditutup boleh menimbulkan syahwat pada lelaki atau perempuan dan membawa fitnah seterusnya membawa kerosakkan. Hal ini telah Allah tegaskan di dalam Alquran dalam surah an-Nur ayat 30-31:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bgi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam ilmunya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka tutup belahan bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak anak mereka, atau anak anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang laki2, atau anak bagi saudara saudara mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam, atau hamba-hamba mereka, arau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."