Jumaat, 7 Disember 2012

Nikmat mata

Mata adalah jendela hati. Hubungan antara mata dengan hati adalag hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetak di hati akan kelihatan di mata sebagaimana pepatah melayu ada mengatakan "dari mata turun ke hati". Di dalam al-Qur'an ada menyebutkan bahawa setiap yang tersembunyi di lubuk hati dan yang terkandung pada mata adalah jelas dalam ilmu Allah subhanahu wata'ala sebagaimana firmanNya dalam surah Ghafir ayat 19 yang bermaksud:

"Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang tersembunyi di dalam hati."

Bagi menjaga hati, maka hendaklah menjaga mata terlebih dahulu kerana kalau maksiat sudah jatuh ke hati, maka yang hati yang tidak beriman itu akan mengarah anggota-anggota lahir untuk melakukan maksiat.

Oleh itu mata hendaklah dijaga dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Hendaklah diarahkan mata kepada melakukan ketaatan dan menurut perintah Allah subhanahu wata'ala dan jangan halakan kepada perkara-perkara maksiat dan haram. Biarlah nikmat mata yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wata'ala dapat meraih sekali lagi nikmat syurga di akhirat nanti.

Dipetik dari buku: Mensyukuri Nikmat Mara terbitan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam 1428H/2007M.

Mata itu berharga dan tidak ternilai harganya. Tanpa Mata sudah tentu kita tidak melihat keindahan alam yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu jagalah ia dengan sebaik-baiknya dan gunakanlah ia untuk melihat kalamullah dan membaca Kitab suci Al-Qur'an.

Mata bukan sahaja berfungsi untuk melihat bahkan juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pahala dan juga boleh menyebabkan mendapat dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Balad ayat 8-9:

"(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan Kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (Untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?"

"Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaiklan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?"

Memandang ka'bah merupakan ibadah. Dari Ibnu Abbas Radiallahu 'anhuma katanya, Telah bersabda Rasulullah saw:

"Setiap hari Allah menurunkan seratus dua puluh rahmat kepada para pengunjung rumah Suci-Nya, enam puluh untuk yang bertawaf, empat puluh untuknyang solat dan dua puluh untuk yang melihat"

Melihat aurat.

Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim banyak runtuh akhlak dan moralnya disebabkan pandangan mata. Aurat merupakan anggota tubuh yang WAJIB ditutup. Aurat lelaki ialah diantara pusat dan lutut bukan PUSAT DAN LUTUT. Aurat perempuan pula ialah keseluruhan badan kecuali wajah dan dua tapak tangan. Aurat diambil dari perkataan arab iaitu "aurah". Aurat yang tidak ditutup boleh menimbulkan syahwat pada lelaki atau perempuan dan membawa fitnah seterusnya membawa kerosakkan. Hal ini telah Allah tegaskan di dalam Alquran dalam surah an-Nur ayat 30-31:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bgi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam ilmunya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka tutup belahan bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak anak mereka, atau anak anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang laki2, atau anak bagi saudara saudara mereka yang perempuan, atau perempuan2 Islam, atau hamba-hamba mereka, arau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan